Assalamualaikum...wah...lama rasanya tak update blog ni..bersawang2 dah rasanya..huhuhu..beberapa minggu ni busy giler..plant design punya pasal la ni..huhu..bukan senang jadi 'final year student' ini..bukan senang nak jd engineer ni..cuma Allah je yang tau apa yang jadi.
Bangun2 tido,lepas hampir 8jam meeting plant design[ktorg pnggl meetng wpon nmpk mcm dscsn je sbnrnya..meetng nmpk pro sket..hahaha..],pas subuh baru dapat tidur,ni baru jugak bangun,terasa nak update blog plak.Macam biasa lar..bila rasa down je,mula2 skali,cari mak..call mak,mak dalam kelas plak.call ayah plak..ayah tengah meeting.aduiii..sementara nak tunggu mak habis kelas n mak tipon blk,g la kat cni...www.iluvislam.com..tertarik plak ngan 1 artikel ni..tajuknya.."Tiket Perjalanan yang Percuma". Jom kita try baca..huhu..
Nama sebenar : Hamba ALLAH
Gelaran : Insan
Asal : Tanah
Alamat : Planet bumi
Maklumat tentang perjalanan
Tempoh berlepas : Kehidupan dunia
Tempoh perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dari perut bumi
Destinasi : Akhirat
Masa berlepas : Ketika di datangi malaikat
Masa hadir : Ketika dan selepas nyawa dicabut
Bentuk tempahan : Tetap, pasti dan tidak berubah
Syarat-syarat perjalanan
Di tuju kepada semua penumpang.
Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat.
Sila perhatikan ketua anda semua(pilot) yang dikhaskan iaitu malaikat maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam AL-QURAN dan hadis-hadis RASULULLAH serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para ulamak dan cendiakawan.
Barang yang di benarkan
1. 5 meter kain kafan
2. Kapas putih secukupnya
3. Muatan lain yang di benarkan :
• amal solah
• sedekah jariah
• anak solah yang mendoakan kedua ibubapanya
• ilmu yang bermanfaat
Perhatian muatan lain yang di tegah adalah tanggunggjawab penumpang.
Barang siapa yang tidak mematuhi akan di seksa.
Saat dan waktu berlepas
Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket,passport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap sedia setiap saat jika tidak mahu menghadapi sebarang kesulitan.
Diulang...
Tempahan perjalanan adalah tetap dan pasti, yang tidak perlu di ingatkan lagi. Tetapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis notis ini untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini. Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur khidmat kepada semua.
Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik, sesuai dengan firman ALLAH dalam surah AL-KHAFI:
“Barang siapa yang mengharapkan perjumpaan yang baik dengan TUHANNYA, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik janganlah pula mensyirikan ALLAH dengan sesuatu."
Then,terfikir jab..ermm..banyaknya dosa dlm diri ni..mcmana n cara apa lagi nak tebus balik dosa - dosa ni..Sapa leh bantu aku ni?Kalo Allah nak tarik nyawa kt,bila2 jer..manatau esk lusa dah xjumpa dunia lagi..hurmm...Astaghfirullah halazim...Amik masa utk berfikir jab...Sama2 kita renungkan dan selamat beramal..:)











Huh, insaf aku...hehehe. Ari2 wt dosa, then kene la ari2 mtk ampun. Nice post!
ReplyDelete10q 4 ur comment..:)..kdg2 kna insaf skali skala..hoho
ReplyDelete